Jadual Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013
download jadual : 2013 JADUAL PPT V6
Guru Penyayang
Pada hari Isnin 15.04.2013 telah dirasmikan program guru penyayang di Smk Seksyen 3 Bandar Kinrara. Program ini dirasmikan oleh pengetua untuk sesi pagi dan penolong kanan petang untuk sesi petang. Konsep Guru Penyayang bertujuan membudayakan sikap kasih sayang di kalangan guru terhadap murid di sekolah dengan harapan besar bahawa murid merupakan aset yang perlu diberi perhatian dan disayangi setiap masa.Konsep tersebut akan dilaksanakan melalui tiga amalan iaitu dengan guru-guru mengalu-alukan kehadiran murid ke sekolah, memberi penghargaan kepada murid seperti sambutan hari jadi dan program mentor mentee.Program ini diharapkan akan menjalinkan hubungan yang rapat diantara guru dan juga pelajar




