Category: buletion online

Program Frog Attack

Program Frog Attack pada 02.04.2019 kepada pelajar sesi pagi bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar berkenaan “tools” dan kemudahan yang ada dalam frog vle untuk membantu dalam pembelajaran abad ke 21.Program ini dijalankan oleh Pn Hatimah dan dibantu oleh pelajar (frog champion) #vlefrog #anjungdigital

Sistem e-Klien

Sistem e-Klien

Seiring dengan perubahan dalam sistem kurikulum sekolah ke arah PdP Abad ke-21, maka pihak pentadbiran SMK SEKSYEN 3 BANDAR KINRARA di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling, melakukan Inovasi berkaitan perkhidmatan kepada klien sasaran.

Sistem e-Klien merupakan amalan terbaik yang boleh memberi perkhidmatan kepada klien generasi Y sekarang.  Sistem e-Klien juga telah mendapat pengiktirafan peringkat kebangsaan apabila sistem ini mendapat Anugerah Pingat Emas dalam Pertandingan KIK psikologi dan Kaunseling Peringkat KPM.

Sistem e-Klien dibina bagi memberi perkhidmatan kepada klien sasaran iaitu, e-MURID,  e-GURU dan e-PARENT. Setiap klien sasaran, ia disediakan pelbagai Aplikasi Sistem secara online , interaktif & “SELF SERVICE”.

​Antara aplikasi sistem tersebut ialah:

1. e-Temujanji Kaunselor

2. e-Rujuk Murid

3. e-Sharing

4. e-Intervensi

5. e-Jejak Murid SPM

6. e-Khidmat Bantu

7. e-Ujian Stres

8. e-Personality Plus

9. Soal Selidik Sarana Ibu Bapa

BERMULA JANUARI 2018, SISTEM E-KLIEN AKAN DAPAT DIGUNAKAN SEPENUHNYA OLEH PELAJAR, GURU DAN IBUBAPA.

Sistem e-Klien