Sistem e-Klien

Seiring dengan perubahan dalam sistem kurikulum sekolah ke arah PdP Abad ke-21, maka pihak pentadbiran SMK SEKSYEN 3 BANDAR KINRARA di bawah Unit Bimbingan dan Kaunseling, melakukan Inovasi berkaitan perkhidmatan kepada klien sasaran.

Sistem e-Klien merupakan amalan terbaik yang boleh memberi perkhidmatan kepada klien generasi Y sekarang.  Sistem e-Klien juga telah mendapat pengiktirafan peringkat kebangsaan apabila sistem ini mendapat Anugerah Pingat Emas dalam Pertandingan KIK psikologi dan Kaunseling Peringkat KPM.

Sistem e-Klien dibina bagi memberi perkhidmatan kepada klien sasaran iaitu, e-MURID,  e-GURU dan e-PARENT. Setiap klien sasaran, ia disediakan pelbagai Aplikasi Sistem secara online , interaktif & “SELF SERVICE”.

​Antara aplikasi sistem tersebut ialah:

1. e-Temujanji Kaunselor

2. e-Rujuk Murid

3. e-Sharing

4. e-Intervensi

5. e-Jejak Murid SPM

6. e-Khidmat Bantu

7. e-Ujian Stres

8. e-Personality Plus

9. Soal Selidik Sarana Ibu Bapa

BERMULA JANUARI 2018, SISTEM E-KLIEN AKAN DAPAT DIGUNAKAN SEPENUHNYA OLEH PELAJAR, GURU DAN IBUBAPA.

Sistem e-Klien